kau datang.. kau pergi..
sesuka hati.. semahu diri
ibarat tenang si embun pagi
hilang tidak berkesan
tatkala menjelma mentari
seperti hujan merintik ke bumi
bila berkeinginan engkau basahi
bila berkemahuan engkau menyepi
kau datang.. kau pergi..
sesuka hati.. semahu diri
aku terkebil-kebil meminta simpati
agar kedinginan diri dapat kau selubungi
moga tak terasa terabainya naluri
namun acapkali
kecewanya perasaan tidak terperi
sebegitu juga aku tak kau peduli
sebegitu juga aku tak kau layani
kau datang.. kau pergi..
sesuka hati.. semahu diri
hadirnya aku tidak menguntungi
jika aku mati.. kau pasti bukan bersendiri
08/08/2005
Posted at 22:56 by cikmima
Permalink
Tuhan..
aku tidak tahu bagaimana penentuan mu buat diri ku
untuk sepanjang kehidupan ini
namun tuhan,
satu anugerah mu tentang penemuan aku dengan dirinya
itulah yang paling aku hargai
aku tidak tahu bagaimana untuk mendefinasikan
erti sebuah kebahgiaan
tetapi tuhan,
aku benar-benar bahgia dengan rasa cinta yang ada
aku benar-benar bahgia dengan rasa kasih yang menjalar
walau dia datang dan pergi..
mengikut keinginan dan kemahuan hati sendiri
Tuhan..
aku tidak pernah kesal dengan tiap rasa yang tercipta
aku tidak pernah kesal mengenali siapa dia
pastinya tuhan,
aku tidak pernah kesal kerana menyayangi diri dia
aku juga tidak pernah kesal dengan takdir mu
yang menghadirkan dia dalam nafas ku
namun tuhan,
sesuatu yang amat menyakitkan nyawa ku ialah
aku tahu aku tidak akan memiliki dia
sesuatu yang amat menghibakan nadi ku ialah
aku tidak akan di miliki dia kesayangan ku
tuhan..
aku amat mencintai lelaki itu
tetapi kenapa kesakitan dan kehibaan itu
terlalu pasti untuk diri ku?
Tuhan..
tolonglah aku
berikan aku keupayaan untuk pergi jauh
aku tidak larat lagi untuk bersama dengannya
sedangkan perpisahan itu sudah mutlak akan berlaku
namun tuhan,
biarkan rasa cinta dan sayang ini tetap di sini bersama ku
kerana ia adalah kekuatan kehidupan ku
24/06/07
Posted at 08:16 by cikmima
Permalink
927 Hari Yang Lalu
Betapa aku menginginkan
Kau membawa aku pergi dari sini
Jauh dari kekalutan hati
Yang meracuni diri hari demi hari
Dan betapa aku menginginkan
Kau melindungi aku erat-erat
Takkan sesekali kau membiarkan aku
Hidup melarat, hidup merempat
Seperti janji yang telah kau semat
927 hari yang lalu
Betapa aku mengidamkan
Kau mengasihi aku selama-lamanya
Tidak kasih mu berubah arah
Tak mungkin cinta mu berpaling tadah
Dan betapa aku mengidamkan
Kau menganugerahkan aku mahligai sederhana
Biarlah kecil, biarpun tidak mewah
Atau ia lusuh kelihatan papa
Akan tetap aku bahgia
Selagi ku mampu bernaung di sisi mu saban ketika
Selagi kau setia mengucup dahi ku setiap masa
Seperti ikrar yang telah kau nyata
927 hari yang lalu
Betapa aku mengimpikan
Kau membelai aku tanpa henti
Tiap detik dan tiap minit yang berlari-lari
Tiada rasa jemu yang tega datang menghampiri
Dan betapa aku mengimpikan
Kau membawa aku jauh lalu menjauhi
Siksa diri yang ujud kini
Moga kenikmatan dapat aku kecapi
Tanpa ada air mata sendu, tanpa hadir air mata pedih
Tidak sesekali kau mensia-siakan aku bersendiri
Seperti lafaz yang telah kau hembusi
927 hari yang lalu
- HaIs -
18/04/2006
Posted at 11:56 by cikmima
Permalink